Hari Bersama Komuniti & Latihan Asas Kebakaran Pusat Internet 2019

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 March yang lepas, Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet dan Latihan Asas Kebakaran Pusat Internet 2019 dengan kerjasama pusat-pusat internet Zon Sibu, telah diadakan di Pusat Internet Tg. Manis.

Program ini diadakan dengan tujuan untuk merapatkan hubungan di antara komuniti dan juga para pekerja pusat-pusat internet Zon Sibu. Pelbagai acara dan pertandingan telah diadakan dan sambutan yang diterima amat meriah di samping diselitkan dengan program advokasi dan KDB.

Taklimat kebakaran turut dikongsi oleh pihak Bomba untuk mendedahkan komuniti dengan cara-cara pencegahan awal kebakaran sekiranya berlaku. Demonstrasi oleh pihak bomba memadam kebakaran turut diadakan di samping juga melibatkan para komuniti untuk turut mencuba memadam kebakaran.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali